Wednesday, July 8, 2009

Kellie Castle

Akhirnya dapat juga kita menjejakkan kaki ke Kellie Castle di Batu Gajah. Suatu masa dahulu kalau pulang ke Bota dan Parit kami sekeluarga kerap melalui jalan antara Gopeng dan Batu Gajah dan hanya memandang istana Kellie ni dari jauh sahaja.

Kalau sesiapa hendak mengetahui sejarahnya sila cari di Pak google le ya.

Apa yang indahnya tentang istana ni? Tepuk dada tanyalah diri sendiri, ya...

Apa yang anda lihat?

William Kellie Smith, menerapkan unsur islam dan kemelayuan di dalam seni bina istananya. Lihat sahaja pada tingkap2 dan pintu istananya.


Senibinanya seperti Bangunan Sultan Abdul Samad kan?


Ini adalah kediaman sebelum WKS membina istananya. Ia terletak hanya beberapa meter sahaja. Dan di antara istana dan kediamannya terletak sebuah kawasan lapang.


Seorang lelaki yang bekerja sebagai pembersih di istana ini menceritakan kepada kita tentang beberapa kejadian misteri. Tentang kehilangan seorang pelajar, tentang ular yang memasuki ruang bawah tanah. Benarkah istana ini berpenunggu?

2 berbisik:

Hafirda Afiela said...

salam,
teringat pulak saat sy ke sana
melepak2 dgn kwn2 sklah...
habis satu kellie castle tu kami jelajah...smpai kat pelantar atas sekali sy lepak...wlaupun gayat tapi best...rindunya saat itu

Sarnia Yahya aka Sania Yasmin said...

salam fieda...
akak tak sampai atas, sampai 1st floor aje, hehehe, gayat. Tangga dia curam sgt, kan? Masuk tak chamber of secret dia. Dia kata kat situ ada budak hilang. Ya Allah, gelapnya tak ada lampu. Kami masuk bertiga lak tu, anak sedara, adik dan akak. Yg last sekali masuk akak le... adik akak nya le berani dia... hampir kul 6.30 kuar, sbb kena halau, he3x

 
Free Blogger Templates