SEMANGAT...

Jan 5, 2012

Autisme

Autisme? Apa benda ni? Downsindrome ke? Tidak! bukan sama sekali. Autisme adalah kecacatan perkembangan (itulah yg sy terangan kpd sesetgh org krn mrk tidak tahu apakah autisme) dan downsindrome - secara fizikalnya kita boleh lihat bagaimana mrk.

Memang ramai yang tidak tahu apa itu autisme. Sebelum ini pun mmg saya tidak tahu apa itu autisme? Dan tak pernah terfikir ada ayat sebegitu? Walaupun mmg sudah berkurun perkataan itu berada di dalam KD.

Sehinggalah Danial disahkan sbg seorg autisme slps dia dianogsis oleh pakar bbrp tahun yg lalu. Mild Autism. (apa dia Mild Autism - ini adalah linknya http://ezinearticles.com/?Symptoms-Of-Mild-Autism&id=872148 - bc sdiri le ya)

Sedih? Siapa yang tak sedih. Tetapi inilah kenyataan. Saya ambil ia sebg satu cabaran. 'Seperti dlm sbuah Com, tentu ada Performance Development Review (PDR)'. Ia adalah utk menilai prestasi diri sy dlm mendidik Danial. Dan itu adalah PDR sy.

-KPI --- utk mjadikan Danial boleh berdikari - target diumur 12 thn.
kalau tidak bjaya, apakah tindakan sy seterusnya dan kalau berjaya ke saluran mana sy harus letakkan Danial?

Wah, npknya apa yg saya belajar dulu sy apply dlm hidup sy! Tak sia2 kan?

Sy tidak menghrp dia menjadi super duper, krn sy fhm akan seorg autisme. Keupayaan mrk terbatas, ttp kalau digilap ia lebih bersinar drp permata biasa, kan?

Apa2 pun berfikiran positif, itulah yang sy letakkan di dlm diri sy.

Baiklah tujuan sy menulis ttg autisme ini adalah utk berkongsi perilaku anak2 yg kita yg berkemungkinan autisme. Ya, Danial kelihatan sprt anak2 normal yg lain. Ramai yg mengatakan begitu. Tetapi disebaliknya -- dia tidak dpt berkomunikasi dgn baik, tidak punya eye contact, suka sendirian, tidak merasa sakit dn byk lagi perilaku autisme ini.

Menurut KD autisme ini adalah - gangguan mental yang mula muncul pd peringkat kanak2 yg menybbkan seseorg berkelakuan tidak nomral dan sukar berkomunikasi dgn masyarakat.

Dan ini pula adalah drp petikan Wikipedia ---

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America": http://www.autism-society.org/site/PageServer ). Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih.

Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now"). Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.

Sindrom Asperger dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukanlah sentiasa benar. Perbezaan utama antara sindrome Kanner, dengan autisme klassik, dan sindrome Asperger adalah Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau lebih. Dalam autisme Kanner terdapat kelewatan jelas dalam pertuturan dan biasanya mempunyai kecergasan rendah dari kebiasaan . Autisme Kanner dengan IQ<80 dirujuk sebagai "fungsi rendah autisme", sementara sindrome Kanner dengan IQ>80 dikenali sebagai "autisme fungsi tinggi".


Ini adalah sebhgian shj, kalau nak, boleh search di wikipedia ttg autisme dan lain2 web yg terlalu byk ttg autisme. Di Msia terlalu kurang artikel ttg autisme ini. Dan terlalu kurang pendedahan ttg autisme.


Pendedahan awal adalah perlu, terutama perkara-perkara asas, sprt membuang air dgn betul, memakai baju, mandi dan sbgnya. Kalau dibiarkan perkara asas tidak diajar dari kecil, mrk tidak akan tahu sehingga keusia dewasa. Dan ini tentu memalukan kita sdiri suatu ketika nanti.

Apa2 pun alhamdulilah, Danial mulai tahu ttg perkara2 sebegitu dan prestasinya setelah memasuki sklh khas amat membanggakan saya, insya-Allah. Antara kita dan guru perlu ada kerjasama dan jangan biarkan guru sj mengajar mrk dan kita tidak mempraktikkan di rumah. Biasanya sy akan ajar apa yg diajar oleh guru Danial di sklh. Biasanya sy akan bertyn kpd guru dia dan alhamdulilah 3 bulan slps bersekolah, prestasi Danial amat memberangsangkan. Alhamdulillah sgt2.

Foto sms dia sudah mulai pandai pegang

pensil color, kalau tidak mmg dicampak2

pensil color dia...


Ini adalah sebahagian dpd artwork yg

dilakukan disklh. Sy dah nampak

di mana minatnya...


Pjgnya N3 sy ttg autisme. Ini hanyalah satu perkongsian ttg autisme. Kalau dahulu sy sangka sy berseorangan, ttp ramai di luar sana yang punya anak sebegini. Knapa perlu malu? Ia satu anugerah dpd Allah utk kita kan? Anggapa ia sbg kita melakukan satu tggjwb di pejabat yg perlu kita lunaskan, mgkn bukan di sini byrannya ttp di sana berlebih2an kali ganda ganjarannya - insya-Allah.


N3 ttg autisme ini adalah dr sudut situasi Danial dan bukan sesiapa.


0 berbisik:

LINK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...