Jan 17, 2012

Dulu, sekarang...

Kalau dulu2 nak main hujan emak tak kisah, opah tak marah. Siap sedia lagi ddk tgh laman tunggu hujan turun. Tak takut demam, selesema atau sebagainya. Kuat sungguh imunisasi zmn kecik2 dulu ya. Bukan sprt skrg, terkena hujan sikit je, dah bantuk, demam, sakit tekak dan pelbagai sakit yg dtg. Kononnya dari air hujan, padahal air yg diturunkan dr lagi itu satu rahmat.

Ya, itu diri kita yg sudah pun meningkat usia. Dan bagaimana dgn anak2 kita pula?

He3x... langit mendung di barat mula, "Masuk, hari nak hujan!"

Dan mrk pun masuk. "Tak boleh main hujan ke?" soal anak1.

"Tak boleh!" cehwah, muktamad jwpan tu. "Nanti demam," itu jwpan yg tidak akan dipersoalkan oleh anak2.

Dan di kepala mrk sudah disematkan, 'kalau main hujan, demam'. Tidakkah itu sesuatu yg pelik. Tak main hujan pun boleh demam kan?

Kenapa ya? Padahal suatu ketika DAHULU emak2 kita benarkah kita bermain hujan berseronok dan sebagainya dan kenangan2 itu tinggal sesuatu yang paling manis dlm sejarah hidup kita.

Tetapi SEKARANG, kita melarang anak2 kita untuk merasai apa yg pernah kita rasai dahulu. Kasihan pula mrk krn tidak dpt merasai apa yg pernah kita rasai dahulu.

2 berkata:

mimi syafiqah said...

hehhehe

Sarnia Yahya@Sania Yasmin said...

Disbbkan teringin sgt nak mandi ujan, sempat lg membshkan diri dgn sengaja menutup pintu pagar bbrp hr lps dlm ujan, hi3x...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...