SEMANGAT...

Jan 20, 2012

Kisah IS dan IKA 8

Kad jemputan Perasmian Menara Perak daripada Rayway Property, diletak di tepi meja. Perlukah dia menghadiri majlis itu? Untuk apa? Soalnya sendiri. Tentu sekali semua arkitek di Archkey Sdn Bhd di jemput oleh Rayway Property. Dia menongkat dagu sambil memandang skrin komputernya.

Raiyan ada memberitahunya dua hari lepas. Dan lelaki itu begitu beria-ria mengajaknya menghadiri perasmian itu. Nafas dihelakan. Terasa sesak dan sedat dadanya.

Entahlah, nanti akan difikirkan. Tetapi dia harus memberi jawapan petang itu untuk mengesahkan kedatangannya kelak. Aduhai... keluhnya lagi.

Pantas tangannya mengangkat telefon bimbit yang terletak di tepi kompute

rnya sebaik ia berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

Salam, cam na ari ni. Ok? Hrp smu bjln ngan lancar.

Shafiqa tersenyum melihat kata-kata ringkas yang dititipkan oleh Raiyan.

Waalaikumusalam, insya-Allah.

Apa2 call I. Jgn simpan sdiri, ok.

Insya-Allah.

Mengapa tiba-tiba dia merasa begitu dekat dengan lelaki ini? Dan perasaan itu begitu menyenangkan. Tetapi lelaki itu masih tunangan Ashila. Rasa bersalah terhadap Ashila memburunya dengan tiba-tiba. Wajarkah dia bercerita kepada Raiyan tentang kejadian beberapa minggu yang lalu. Oh, tidak! Tidak sesekali. Dia sanggup mati daripada membuka aib temannya itu. Biarpun dia dan Ashila seperti tidak mengenali antara satu sama lain kini.

I ada meeting, nanti I call U balik. Salam.

Wasalam.

Sekali lagi dia menghela nafasnya. Hari masih panjang dan dia tidak pasti apa akan yang berlaku nanti. Harapannya tiadalah apa-apa yang tidak baik berlaku hari itu. Cukuplah dua hari lepas. Terasa seperti dia hendak pergi daripada situ tetapi tidak boleh, Encik Zakey sudah mengikatnya begitu kemas sekali.

“Ika,” panggil Mazni perlahan.

Shafiqa mengangkat mukanya sengan secubit senyuman. Memandang Mazni yang sudah pun duduk di hadapannya. Kembali diletakkan telefon bimbitnya di tepi komputer.

“Ika banyak kerjalah kak.” Potongnya sebelum sempat Mazni membuka mulut. Dia berharap Mazni faham akan maksudnya.

Dia tiada mood hendak melayan wanita itu bersembang atau berbual-bual. Sebenarnya dia ingin bersendirian dan mahu menumpu pada tugas-tugas yang semakin bertambah. Mengingatkan hutangnya pada Encik Zakey, hatinya kembali resah.

Perkara itu hanya dia dan Encik Zakey sahaja yang tahu. Dia sudah berjanji dengan lelaki itu setelah menandatangani satu perjanjian. Encik Zakey tidak mengenakan apa-apa faedah daripada pinjaman yang dipinjamkan kepadanya tetapi dia faham, pinjamannya itu mengikatkannya dengan Archkey Sdn Bhd.

Nampaknya lelaki itu sengaja mengikatnya untuk terus berada di situ. Fikirannya mula memikirkan dan mereka cipta apa yang sedang berlaku baru-baru itu. Hatinya pedih dan benar-benar kecewa.

Mazni senyap dan bangun semula. Dia kembali melangkah semula ke tempatnya.

“Kalau ada apa-apa yang Ika nak beritahu akak. Akak sedia mendengarnya. Ika tak sendirian kat sini, ya.”

Suara Mazni dalam nada memujuk lalu memandang Iskandar dengan tajam yang berdiri tidak jauh daripada tempatnya.

Shafiqa senyap. Ada air mata yang mula bertakung ditubir matanya. Cepat-cepat diseka dengan tisu. Dia tidak mahu menangis lagi. Dia sudah puas menangis selama ini. Dia perlu kuat untuk menjalani kehidupan yang dirasa semakin mencabar hati dan perasaannya.

Iskandar masuk ke dalam biliknya. Terlupa apa yang hendak dilakukan sebentar tadi. Daripada tempatnya duduk dia dapat melihat Mazni yang sedang tekun membuat kerjanya, sementara Shafiqa tidak kelihatan kerana dihalangi oleh dinding.

Bagaimana untuknya memujuk Shafiqa? Terasa dirinya begitu kejam dengan apa yang berlaku walaupun bukan itu kehendaknya. Apakah tanggapan gadis itu terhadapnya kini?

Iskandar bangun.

“Intan tolong panggilkan Ika,” pinta Iskandar kepada Intan. Padahal dia boleh berbuat begitu sendiri. Tetapi, entahlah...

Iskandar masuk ke biliknya dan melangkah menuju ke tingkap. Tidak tahu mengapa sejak akhir-akhir ini pemandangan di luar sana menarik minatnya.

“Abang panggil Ika?” soal Shafiqa yang sudah pun berdiri tegak di hadapan pintu bilik Iskandar.

Iskandar mengalih pandangannya kepada Shafiqa. Sedap telingannya mendengar panggilan itu. Dia perasan, yang Shafiqa selalu memanggilnya abang dan kepada Muzaffar, gadis itu akan memanggilnya abang Muz. Di situ dia merasa yang Shafiqa sudah meletaknya berada di atas daripada lelaki-lelaki lain. Bagaimana dengan Raiyan? Setahunya Shafiqa memanggil Raiyan dengan panggil nama dan ganti nama sahaja. Aduh... mengapa itu pula yang difikirkan.

“Ya... Ika tolong tutup pintu,” pinta Iskandar mula melangkah kembali ke tempatnya.

Shafiqa akur dan duduk apabila dipinta oleh Iskandar berbuat begitu. Segala-galanya terasa begitu asing apabila dia berada di bilik itu. Padahal suatu ketika dahulu, bilik itulah menjadi tempat dia dan Iskandar sering berbincang bersama dengan kakitangan lain.

Senyap seketika. Iskandar mengetuk pensil yang berada di tangan. Tidak tahu bagaimana hendak memulakan kata-kata. Memandang Shafiqa yang tunduk menunggu kata-katanya. Matanya terpaku pada rantai leher yang tergantung di leher gadis itu. Selain rantai yang biasa di pakai, rantai itu cukup menyerlah.

Rafiqa.

Cantuman dua nama, suara Mazni kembali terngiang-ngiang di telinganya. Hatinya semakin pedih dan perit. Dan di mana cincin yang diberikan olehnya diletakkan oleh gadis itu? Hatinya tersayat sendiri. Nampaknya Shafiqa sudah ada pilihannya sendiri dan dirinya sudah di buang begitu jauh.

“Abang nak minta maaf dengan apa yang berlaku,” pinta Iskandar. Dia tidak mahu terus-terusan rasa bersalah. “Abang sendiri tak tahu kenapa ayah buat begitu,” bohongnya. Minta maaf, tetapi dia masih berbohong dengan gadis itu. Dia tidak mahu terus merasa jauh daripada gadis keesayangannya itu. Tetapi itulah yang dirasakan sekarang.

Shafiqa senyap menanti kata-kata Iskandar seterusnya.

“Dan tentu ada sebab mengapa ayah bertindak begitu. Abang harap Ika tak terus-terusan salahkan ayah abang. Dia tahu apa yang dia buat. Semuanya untuk kebaikan Ika dan syarikat ini.” Dia mahu Shafiqa faham akan situasi itu.

Shafiqa mengangguk-anggukkan kepala.

“Ya, Ika faham,” ujarnya pendek. “Ada apa-apa lagi?” soal Shafiqa memandang Iskandar setelah tiada suara daripada lelaki itu untuk seketika.

Iskandar senyap. Dia berharap Shafiqa dapat berkata sesuatu untuk melegakan perasaannya yang tidak menentu.

“Tak,” jawab Iskandar lemah.

“Ika keluar dulu.”

Shafiqa bangun dan melangkah keluar tanpa menoleh lagi.

Iskandar hanya memandang gadis itu keluar dengan rasa hampa. Dirinya sudah semakin jauh daripada Shafiqa bukan sahaja di mata tetapi di hati gadis itu. Terasa dunianya semakin pudar.

2 berkata:

mimi syafiqah said...

tertnye2 pe yg jd ntara dorang...

Sarnia Yahya@Sania Yasmin said...

Iskandar dpt tahu yg Ika sukakan Raiyan, ttp tidak pasti. Raiyan pula adalah tunang kpd adik Iskandar (Ashila) yg juga teman baik Ika.

Septtnya Ika mengetuai utk 1 projek yg pelannya sudah disiapkan dan sudah dibentangkan kpd client mrk ttp bosnya minta Ika buat projek lain & serahkan projek tadi kpd salah seorg arkitek di Archkey SB. Itu yg Ika terasa hati.

Tuan punya Archkey SB adalah bapa Iskandar & Ashila.

LINK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...