“Berangan...”
Shafiqa mengangkat mukanya dan tersenyum. Iskandar sudah menghampirinya. Awal pulak lelaki ni sampai? Matanya menjeling jam disisi komputernya. Baru pukul 8.45 pagi, selalunya Iskandarlah orang yang paling lewat datang selain daripada Ashila yang adakalanya sudah lewat petang baru menjenguk pejabat.

“Apa ni?” soal Iskandar sambil mengambil salah satu dari kad bod hitam yang berada di atas meja Shafiqa. Duduk di hadapan meja gadis itu sambil membelek lakaran yang menarik perhatiannya.
“Siapa punya rumah ni? Tradisional. Rumah melayu.” Iskandar memandang Shafiqa.
“Saja Ika lakar. Rumah idaman,” jawab Shafiqa ingin tahu akan pandangan Iskandar.
Iskandar senyum. “Hmm... jarang orang sekarang mahu membina rumah macam ni. Kalau ada pun, hanya untuk membina resort,” ujar Iskandar memandang Shafiqa sejenak.
“Kayu mahal, bang.” Balas Shafiqa.
“Hai, ada yang bina sehingga dua ke tiga juta ringgit tu... Boleh pulak?” Balas Iskandar seperti tidak puas hati. Dia meletakkan semula kad bod itu di atas meja Shafiqa.
“Cita rasa masing-masing tak sama. Orang yang bercakap tu pun tinggal di rumah batu juga kan? Cakap tak serupa bikin,” cemuh Shafiqa sambil mencebik bibirnya.
Iskandar tersengih.
“Dah breakfast? Jom teman abang minum teh tarik. Lama Ika tak breakfast dengan abang,” ajak Iskandar sambil bersandar memandang Shafiqa yang sedang mengemas mejanya.
Shafiqa kembali memandang Iskandar. Tentu ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh Iskandar kepadanya. Dia cuba mengagak. Biasanya masalah rumah tangga lelaki itu dan Kartini. Alahai... lelaki, carilah orang lain kalau nak luahkan masalah kau, omelnya sendiri. Bosan asyik mendengar masalah orang.
Iskandar bingkas dari kerusi dan pantas mencapai tangan Shafiqa lalu menariknya supaya berdiri. Geram dia melihat Shafiqa yang buat tidak tahu akan pelawaannya tadi.
“Ika dah makan. Abang pergilah ajak abang Mus tu, haa...” Shafiqa menunding jari ke arah Muzaffar yang kebetulan baru sahaja sampai dan sedang berjalan ke biliknya. Tetapi sempat memandang mereka sambil menggeleng-gelengkan.
“Abang ada perkara nak cerita dengan Ika. Jomlah. Sekejap. Setengah jam aje, tak lebih. Kalau lebih potong gaji abang. Ika ambik sikit, ya?” Pujuk Iskandar.
Amboi, senangnya lelaki ni bercakap! Dengus Shafiqa. “Eh, ini dah pukul berapa ni?! Dah 8.45 pagi tau. Office hour pukul 8.30 pagi.” ujar Shafiqa sengaja memberatkan badannya ketika tangannya ditarik oleh Iskandar.
“Apa hal pulak ni?” soal Mazni yang muncul tiba-tiba dari arah pintu. Berkerut dahinya melihat Iskandar menarik tangan Shafiqa dan gadis itu sedang berpaut di mejanya. Ada-ada sahaja mereka berdua ni. Is ni pun satu macam budak-budak, gumamnya sendiri.




0 berbisik:
Post a Comment