UNTUK MAKLUMAN...

SEMANGAT...

Feb 2, 2012

Kisah IS dan IKA 15


Hajah Zakiah menyingkap langsir yang menabiri ruang bilik itu. Bilik itu pernah dihuni oleh anak perempuan bongsunya yang kini sudah berkahwin dan menetap di Kelantan. Iskandar masuk sambil menatang dulang yang berisi makanan. Melangkah menghampiri Shafiqa yang duduk di tepi tingkap merenung keluar.

Dulang berisi dua pinggan nasi, kari ayam dan sedikit sayur campur diletak di hadapan Shafiqa. Iskandar bersila dan memandang Shafiqa yang sedikit kaget memandangnya.

Hajah Zakiah datang semula dengan membawa se jug air berserta dua biji gelas. Di hulurkan kepada Iskandar dan kemudian keluar semula meninggalkan keduanya di situ. Langsir tadi sengaja di angkat supaya sesiapa pun boleh melihat keduanya di dalam.

“Abang buat apa kat sini?” soal Shafiqa pelik.

“Saja... Nak main masak-masak dengan Ika. Ika jadi mak, abang jadi bapak, okey?” kata Iskandar bengang. Sudah tentulah dia hendak mengajak gadis itu makan. Eee... Ika, Ika, keluhnya sendiri. Mahu sahaja dicium-cium gadis itu.

Bingung sungguh Iskandar ni! kutuknya sendiri. Shafiqa menjeling. Kembali matanya memandang keluar. Tiada apa yang menarik di luar sana, tetapi fikirannya tidak dapat lari daripada memikirkan tentang Shafiq yang sudah tiada.

“Ika tak makan apa-apa sejak pagi tadi. Makanlah sikit, sedap makcik Kiah masak ni,” pujuk Iskandar.

Shafiqa senyap sambil menjeling juadah yang berada di dalam dulang bulat di hadapannya.

“Ika,” serunya lembut. “Makanlah Ika,” pinta Iskandar masih memandang Shafiqa yang berbaju kurung dan berkain batik. Jarang sekali dia melihat gadis itu berpakaian begitu. Rambutnya yang panjang ditocang satu. Kelihatan seperti dara pingitan. Dia ingin senyum dengan apa yang sedang difikirkan, tetapi disimpannya.

Shafiqa terus dengan sikap membisunya. Iskandar menghela nafasnya. Lelah memujuk gadis seorang ini. Kalau Shafiqa itu adiknya sudah lama dipaksa gadis itu makan.

“Kalau Ika tak makan, macam mana nak sihat. Nak kerja. Ika tak mahu kerja lagi ke?” soal Iskandar lembut masih merenung ke wajah sugul Shafiqa.

Mata gadis itu beralih menatap ke wajah Iskandar. Tiada suara yang keluar dari mulut gadis itu. Bengang melihat wajah gadis itu seperti orang tidak berperasaan.

“Ika tak rasa ke apa yang Ika buat sekarang ni buang masa dan menyusahkan orang lain?” soal Iskandar dengan nada yang sedikit tinggi. Pujuk lembut-lembut tak jalan. Sekarang kan dah kena, dengusnya dengan rasa sebal dengan kata-katanya sendiri.

Dia faham, gadis itu masih bersedih. Tetapi janganlah sampai menyeksa diri dan menyusahkan orang lain. Haji Samad dan keluarganya bukanlah sesiapa dengan Shafiqa. Bantuan mereka sekadar rasa simpati sahaja.

“Abang suka buat Ika marah. Sengaja nak cari marah Ika. Ika benci dengan abang, tau!” tekan Shafiqa dengan rasa marah sebaik mendengar bebelan menyakitkan Iskandar.

Iskandar tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Padanya kata-kata itu tidak memberinya apa-apa luka mahupun kudis. “Hmm... ingatkan dah tak ada mulut. Boleh pula bercakap macam bertih jagung,” perlinya sambil bersandar di dinding bilik itu dan terus merenung ke wajah Shafiqa.

Shafiqa menjeling sambil membetulkan duduknya agar tidak menghadap Iskandar. Iskandar senyum sambil terus menyimpan tawanya melihatkan reaksi Shafiqa. Lucu dan sungguh comel. Jelingan, lirikkan matanya semasa menjeling membuat dia rindu untuk membuat gadis itu marah kepadanya.

“Sampai bila Ika nak bersedih macam ni?” soal Iskandar lagi. “Ika tak mau kerja lagi?” soal Iskandar lagi. “Abang tak kisah kalau Ika tak mahu kerja. Tapi jangan lupa bayar hutang ayah abang tu. Jangan pula jadi hutang lapuk!” selamba Iskandar bersuara lagi.

Gamam Shafiqa mendengar kata-kata Iskandar. “Hisy!”

Iskandar terus tersenyum melihat telatah Shafiqa. Dia tahu gadis itu marah. Encik Zakey ada bercerita kepadanya dahulu tentang perkara itu. Dan cara itu sahaja Shafiqa tidak akan ke mana-mana. Pandai juga ayahnya mengikat gadis itu dengan hutang.

“Abang ni teruk tau tak. Tak berhati perut,” tingkah Shafiqa geram dengan kata-kata Iskandar sebentar tadi.

“Abang rasa, Ika lagi teruk dan tak berhati perut. Sanggup seksa diri sendiri,” balas Iskandar. “Ika tak kesian ke dengan diri Ika sendiri? Sanggup menyiksa hati dan perasaan sendiri,” cemuh Iskandar.

Dia tidak sanggup melihat orang yang disayangi bersedih dan sakit. Shafiqa adalah nafas dan nyawanya.

“Ika memang jenis orang lupa daratan. Langsung tak mengenang budi Shafiq. Dia sanggup pergi menoreh untuk tampung belanja semasa Ika belajar di U dulu.” Iskandar menggeleng-gelengkan kepalanya. Berpura-pura kesal dengan sikap gadis itu.

Bulat mata Shafiqa menatap wajah Iskandar. Tanpa sedar air matanya sudah mengairi pipinya yang mulus.

Alamak, aku dah buat dia menangis balik! Bisik Iskandar. Dia cuba menarik nafasnya sambil merenung keluar. Suasana sepi.

“Jangan macam ni Ika. Dia sanggup korbankan cita-cita dia untuk Ika. Daripada pengorbanannya terhasillah kejayaan Ika. Cuba lakukan sesuatu untuk dirinya,” nasihat Iskandar lembut. Mahu sahaja didakap gadis itu yang sudah teresak-esak. “Ika tak boleh berterusan bersedih macam ni. Wake up, Ika.”

“Abang tak rasa apa yang Ika rasa,” balas Shafiqa dalam suara yang mulai serak-serak menahan tangisannya. “Abang ingat Ika suka bersedih macam ni? Ika pun nak hidup macam orang lain, macam abang,” ucap Shafiqa dalam rasa yang amt pilu mengenangkan Shafiq yang sudah tiada. “Ika dah tak ada sesiapa lagi,” Shafiqa kembali menangis apabila mengingatkan keadaan diri abang kembar.

“Ika masih ada abang.” Iskandar meletak tangannya di dada dan mengharap Shafiqa mengerti perasaannya ketika itu.

Shafiqa tunduk tanpa suara.

Iskandar cuba membawa dirinya bertenang dan tidak terlalu emosi dengan reaksi Shafiqa yang sedikit lebih kurang seperti orang tidak punya perasaan.

“Walau apa pun Ika kena banyak bersabar, ya. Maafkan abang sebab abang tidak dapat merasai apa yang Ika rasa. Yang abang dapat berikan adalah bahu abang untuk Ika bersandar. Ika jangan bimbang, abang akan teman kan Ika sehingga Ika berteman, hmm...”

Sepontan Shafiqa mengangkat mukanya merenung ke wajah Iskandar.

“Abang...” air matanya kembali bertakung ditubir mata.

“Dah, jangan menangis. Tak cantik menangis macam ni.” Dikesat air mata Shafiqa yang sedang laju menuruni pipinya. “Tak cantik nanti siapa yang susah. Abang juga yang susah kan?” Iskandar cuba mengusik dalam nada yang serius.

Shafiqa tersenyum lebar dalam menahan sebak di dada. “Abang ni jahat tau.”

Iskandar masih dengan senyuman tadi. Senang hatinya melihat bibir mugil itu kembali dengan senyuman yang sentiasa dinanti.

“Kita makan, ya. Penat makcik Kiah masak.”

Shafiqa memandang hidangan di hadapannya. Perlahan-lahan dia mengangguk. Benar kata Iskandar, dia sudah menyusahkan keluarga Haji Samad. Nampaknya dia perlu pulang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan hidupnya. Tetapi tegarkah dia hidup tanpa Shafiq. Hilang semangatnya sebaik mengetahui apa yang berlaku.

“Makan Ika. Nak abang suap ke?” soal Iskandar.

Sudu yang berisi nasi berkuah kari sudah sampai di hadapan muka gadis itu. Iskandar mengganggakan mulutnya sebagai mengajar Shafiqa supaya mengganggakan mulutnya.

“Apa abang ni?” Tidak senang dengan reaksi Iskandar. Nanti apa kata Hajah Zakiah dan Haji Samad kalau melihat mereka begini.

“Dah Ika tak mau makan. Abang suapkanlah,” tegas Iskandar. “Cepatlah nanti nasi ni jatuh pulak,” gesa Iskandar sedikit keras.

“Hmm...” hendak tak hendak terpaksalah dia mengganggakan mulutnya.

“Susah sangat nak bukak mulut tu, ya,” usik Iskandar dengan dengan senyuman. “Esok kita balik KL.”

“Ini arahan ke?” soal Shafiqa sambil mengangkat sudu dan garpu dan mula menyuapkan nasi ke mulutnya setelah Iskandar meletakkan sedikit kuah kari dan sayur campur tadi ke dalam pinggan nasinya.

“Ya, arahan daripada abang,” tegas Iskandar. Serasanya dalam keadaan sekarang dia harus bertegas dengan Shafiqa supaya gadis itu kembali stabil. “Banyak yang abang nak bincangkan dengan Ika tentang pelan Bandar Baru hari tu.” jelas Iskandar.

Shafiqa senyap dan terus menyuap nasi tadi perlahan-lahan tanpa memandang Iskandar.

0 berkata:

LINK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...