Feb 28, 2012

AIN NAJIHA ~ BAB 8

“KALAU hantar naik motor kau tu, tak boleh?” soal Ain memandang Aiman sejak. “Karang kena hentak lagi kereta aku. Kena keluar duit lagi,” sungut Ain sambil meletak bekas polistrin yang sudah siap dengan Nasi Ayam ke dalam sebuah plastik besar.

“Kak, kau jangan banyak cakap. Dari aku nak hantar jadi tak hantar karang.” Aiman sudah mengugutnya.

“Eh, banyak pulak songeh dia. Karang aku tak bagi duit poket kau, nanti” ugut Ain pula dengan menjeling marah kepada Aiman yang juga melakukan perkara yang sama.

Aiman senyap. Malas hendak melawan bebelan Ain. Ikutkan hati memang dia tak mahu buat kerja begini tetapi dia perlukan duit juga. Tempoh hari motosikalnya rosak terpaksa dia menebalkan mukanya meminta duit dari Ain.

Hendak mintak dengan emak. Emak suruh dia mintak daripada


Selesai proses membungkus keduanya mengangkat masuk ke dalam kereta. “Jangan lupa bukak meja dan payung. Kejap lagi Kak Liah nak ke sana,” pesannya sebaik Aiman membuka pintu disebelah tempat penumpang.
‘bos’. Kalau dah ‘bos’ bermakna Ain Najiha binti Lokman Hafizlah. Dan Ain pun mengenakan syarat kepadanya. Dan inilah syarat yang harus dilaksanakan. Tak tahu sehingga bila.

“Ya, baik,” jawab Aiman acuh tak acuh dengan wajah yang sudah mencuka.

Ain hanya tersenyum dan melangkah masuk sebaik keretanya lesap dibawa oleh Aiman menuju ke Taska Ceria. Baru kakinya hendak melangkah namanya sudah dipanggil oleh Kak Liah.

“Ya. Kenapa kak?” soal Ain menghampiri pagar yang memisahkan rumah mereka berdua.

“Man dah kembang kan payung dan meja?” soal Kak Liah ingin tah

u. Terkial-kial membetulkan kain batik yang dipakainya.

Ain hanya menggeleng-geleng dengan senyuman. “Cubalah pakai seluar track ke. Kain yang berzip atau bergetah. Kang terlucut karang, siapa yang susah?”

“Laki aku,” sambut Kak Liah dengan disusuli tawanya yang kuat.

Ain tergelak mendengar jawapan wanita itu. “Man baru keluar hantar Nasi Ayam ke taska kemudian saya minta kan dia pasang meja dan kembangkan payung,” jelas Ain.

“Ooo... kejap lagilah aku suruh abang kau hantar kan lauk-lauk ke sana,” kata Kak Liah. “Eh, ramai juga pelanggan kita ya. Budak-budak kilang pun dah ramai yang datang beli lauk-lauk aku dan Nasi Ayam kau.”

“Lauk akak sedap,” usik Ain. Tetapi memang lauk yang dimasak oleh Kak Liah sedap. Mungkin Kak Liah memasak dengan penuh ikhlas dan gembira. Tidak pernah mendengar Kak Liah berkeluh kesah, penat dan sebagainya selama berniaga dengan emak.


Hanya dia yang sering merungut itu dan ini. Wanita itu sibuk dengan anak-anak yang sekolah pagi dan petang serta suami yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan yang tidak menentu masa dan waktunya. Namun Kak Liah tetap gembira.

“Kau tu pun apa kurangnya. Siap ada yang interview nak kan resepi,” usik Kak Liah. “Nak resepi Nasi Ayam atau resepi mengurat?” Kak Liah ketawa kuat.

Ain menjeling dengan senyumannya. “Macam-macam akak ni. Dahlah saya nak mengemas ni.”

“Ain,” panggilnya lagi lalu bergegas menghampiri pagar yang memisahkan mereka.

Ain tidak jadi melangkah. Dia juga turut menghampiri pagar apabila melihat Kak Liah juga berbuat begitu.

“Ada apa, kak?” sahut Ain. Melihat reaksi Kak Liah dia dapat mengagak pasti ada sesuatu yang ingin dikhabarkan oleh Kak Liah kepadanya.

“Kak Miza cerita pada akak, pagi tadi. Semalam Abang Bob dan budak-budak yang duduk melepak kat gerai burger dia, ada nampak satu kereta ni. Lalu lalang beberapa kali. Kereta itu asyik pusing-pusing area sini. Tapi tak pasti apa tujuannya. Abang Bob suruh kak Miza cerita pada kita semua agar berhati-hati,” cerita Kak Liah dengan rasa bimbang. “Dia risau kut-kut orang nak pecah rumah, meragut, menyamun. Eii... akak dah seriau dengar cerita ni. Abang Ucop kau dahlah selalu shif malam,” sungutnya sendiri. Walaupun keempat-empat anak Kak Liah lelaki dan boleh dikategorikan remaja, namun dia rasa lebih selamat kalau suaminya berada di rumah diwaktu malam.

“Ya?” soal Ain dengan mata yang sudah membulat mata mendengar cerita Kak Liah. Rasa takut mula bermain-main di hatinya. Matanya beralih ke jalan yang agak sepi di waktu-waktu begitu.

“Jadi hati-hatilah,” pesan Kak Liah menyimpulkan kepada ceritanya tadi

sekali lagi.

Ain mengangguk-anggukkan kepalanya.

SEMAKIN ramai pekerja-pekerja kilang datang membeli Nasi Ayam Ain dan lauk-pauk Kak Liah semenjak dua minggu yang lalu. Mungkin disebabkan gerai-gerai yang ada agak jauh dan terpaksa berkenderaan jika dibandingkan dengan gerai mereka terletak kurang 100 meter dari kawasan kilang.

Kalau dahulu Kak Liah hanya menjual lauk sahaja kini wanita itu sudah menyediakan nasi atas permintaan pekerja-pekerja kilang yang sukakan lauk pauk yang dijual oleh Kak Liah.

Waktu yang paling sibuk dari pukul 12.30 tengah hari sehingga pukul 1.30 petang. Ketika itu keduanya tidak menenang tangan. Mujurlah emak dan Aiman datang membantu kedua mereka.

Dan sejak akhir-akhir itu beberapa buat gerai menjual air dan buah sudah m

ula tumbuh. Tidak jauh dari situ terletak sebuah gerai menjual goreng pisang, goreng cempedak, keledek goreng dan sebagainya. Dan suasana di situ menjadi agak sibuk.

“Nasi Ayam, Man,” kata seseorang dibelakang Ain kepada Aiman.

Ain terus sibuk membungkus nasi yang dipinta oleh beberapa orang pelanggannya tanpa menghirau sesiapa lagi walaupun dia dapat menangkap suara itu. Kesibukkannya membuat pandangannya jadi terhad.

“Nak makan sini ke?” soal Aiman.

“Boleh juga. Tapi ini semua bungkuskan?” soal lelaki itu di belakang Ain.

“Boleh diuruskan,” balas Aiman.

Ain hanya mendengar dalam kesibukkan dan membiarkan sahaja Aiman m

elayan yang mungkin rakannya di belakangnya.

“Sibuk sangat, sampai tak tengok kiri kanan,” komen lelaki itu.

Seketika Ain menoleh. Terkejut dia melihat Fendi sedang duduk menjamu selera dengan Nasi Ayamnya disalah sebuah kerusi plastik tidak jauh daripada tempatnya berdiri.

“Ain!” panggil emak sedikit keras sambil menunding jari kepada pelanggan yang sedang menghulurkan duit kepada Ain.

Ain memandang lelaki yang sedang menghulurkan duit kepadanya.

“Maaf,” pinta Ain lalu menyambut duit yang dihulurkan dan mengembalikan bakinya pula. Matanya beralih kepada Fendi yang sedang enak menjamah Nasi Ayam.

“Sedap,” puji Fendi dengan senyuman. Lama sungguh dia tidak menikmati masakan Ain. Kalau dahulu cakap apa sahaja, gadis itu akan memasak untuknya dan terus dibawa ke pejabat. “Memang sedap,” akuinya sekali lagi. Dia tahu Ain tidak senang dengan kehadirannya di situ. Namun rasa rindunya terhadap Ain, nekad dia ke situ. “Ain ada orang.”Dia menunding jarinya kepada pelanggan yang sudah berdiri di hadapan gerai Ain.

Ain menoleh. Tersengih dia melihat dua orang pekerja kilang perempuan yang berseragama berdiri di hadapannya meminta Nasi Ayam. Ain melempar pandang kepada Kak Liah dan emak yang begitu sibuk melayani pelanggannya yang seperti tidak putus-putus datang. Kalau dahulu hanya ada beberapa jenis lauk pauk sahaja tetapi kini sudah ada 10 jenis lauk pauk yang dijual oleh Kak Liah.

“Apa you buat kat sini?” soal Ain dengan keras sebaik pelanggan tadi beredar.

Suara keras Ain menarik perhatian emak dan Kak Liah yang juga tidak menyedari kehadiran Fendi di situ.

“Kak, apa ni!” tegur Aiman dengan mata mencerlung.

Pandangan Ain beralih ke wajah Aiman dengan mata menikam ke mata Aiman seperti memberi isyarat agar jangan mencampuri urusan peribadinya dan Fendi. Fendi sudah dapat melihat bunga-bunga kemarahan di wajah kedua beradik itu disebabkan dirinya. Tiba-tiba dia merasa salah terjadinya situasi itu.

“I datang hanya nak rasa Nasi Ayam you, Ain,” katanya cuba untuk memujuk hati kekasih hatinya.

Ain menghela nafasnya. Dia tahu kata-kata Fendi itu hanya sekadar untuk meraih simpatinya. Dia tidak akan terpujuk dengan kata-kata itu lagi. Untuk apa?

“Kan I dah kata jangan datang ke sini lagi. You tu dah nak bertunang. Nanti apa pulak kata tunang you,” tekan Ain menyatakan rasa bimbangnya. Hatinya sebak mengenangkan akan perkara itu. Fendi sengaja mahu membuat dia menangis.

Fendi terkedu.

“Tolonglah... pergi dari sini. You datang ke sini seolah-olah sengaja nak sakitkan hati I lagi. Cukup-cukuplah dengan apa yang ibu you dan Nelly dah buat. I tak mahu mereka datang lagi disebabkan you,” pinta Ain terus merenung wajah Fendi yang semakin suram.

“Ibu dan Nelly tak ada kena mengena dengan hidup I!” bidas Fendi dengan rasa geram. Bekas polistrin yang dipegang dicampak ke dalam tong sampah yang disediakan

Bulat mata Ain mendengar kalimah itu.

“Tak ada kena mengena?” soal Ain dengan rasa pelik. “Datin Fariza tu ibu, you Fendi. You boleh putus dengan I, tapi hubungan you dan ibu you akan kekal sampai akhirat, faham tak?!” tegas Ain dengan rasa marah. Marah kerana lelaki itu mengenepikan taraf seorang ibu. Walaupun dia tidak pernah suka dengan sikap Datin Fariza. Tetapi wanita yang dibenci itu adalah ibu kepada Fendi.

“You tak akan faham, Ain.” Fendi sudah bercekak pinggang memandang Ain.

“Ya, I tak faham dengan permainan orang kaya-kaya seperti you. Di sinilah permainan I dan I sedar di mana I berdiri,” tegas Ain sambil menunding jari ke tanah yang dipijak.

“Ain,” sebut Fendi seperti memujuk.

“Tolong tinggalkan tempat ni Fendi dan sekali lagi I rayu pada you. Jangan ganggu tempat I mencari rezeki.” Pantas Ain memotong kata-kata Fendi.

Aiman senyap. Kak Liah dan emak terus sibuk melayan pelanggan tanpa mempedulikan kisah Ain dan Fendi tidak jauh daripada mereka.

Fendi mengangguk-anggukkan kepalanya tanpa memandang Ain. Tunduk memandang kasut yang tersarung di kakinya. Ada rasa sebak di hatinya mendengar ayat terakhir Ain. Dia tahu begitu mendalam maksud gadis kesayangannya itu.

Perlahan-lahan dia melangkah meninggalkan tempat itu dan sempat meletak duit ke dalam poket Aiman sebagai bayaran apa yang dimakannya tadi.

“Kenapa kakak buat abang Fendi macam tu? Dia rindu sangat nak makan masakan kakak,” kata Aiman separuh bersungut.

Ain senyap. Hatinya merintih sendiri. Ada rasa pilu menyegat setiap penjuru hatinya. Dia tiada pilihan. Dia tidak mahu Datin Fariza dan Nelly datang lagi. Fendi tak akan faham akan perasaannya begitu juga Aiman.

Feb 27, 2012

AIN NAJIHA ~ BAB 7

LAMA dia memandang Fendi yang sedang sedang memberi penerangan tentang struktur tanah di tapak projek yang bakal dibangunkan oleh Raizuddin Resources Corporation Berhad. Sebuah bandar baru yang akan melibatkan hampir 100 unit kedai dua tingkat, rumah teres setingkat dan dua tingkat. Berhampiran tapak projek itu sedang dibangunkan sebuah universiti tempatan.

Dia tidak tahu mengapa tiba-tiba Tengku Ritzman beralih kepada Akhbar Engineering untuk mengkaji struktur tanah di sana. Selama ini mereka menggunakan khidmat Saba Engineering and Construction.

Tetapi bukan itu persoalannya. Dia tidak kisah semua itu. Yang sed

ang bermain di kepalanya adalah Ain. Dari wajah Fendi, dia beralih ke wajah Wafi dan kemudian Zul yang asyik mengangguk-anggukkan kepalanya.

Siapakah diantara mereka yang menjalinkan hubungan dengan Ain? Fendi? Wafi? Zul? Aduhai, kenapa itu yang difikirkan? Dia membetulkan duduknya yang dirasakan tidak selesa.

Matanya bertemu dengan mata Nelly yang tersenyum memandangnya. Dia hanya mengangguk tanpa senyuman. Siapa? Setiausaha Fendi ke?” soalnya sendiri. Atau setiausaha Dato Johan? Tapi tadi perempuan itu asyik berkepit dengan Fendi aje. Dia menunjal sendiri dahinya dengan pen yang berada di tangan.

Kenapalah perkara yang tidak berkenaan bermain di kepalanya? Lantaklah siapa pun bekas teman lelaki Ain. Untuk apa dia memikirkan perkara yang tidak berkaitan dengan dirinya. Yang harus difikirkan sekarang adalah puterinya itu.

Masakan mahu membiarkan Tengku Ellyna begitu sahaja. Kata-kata Pak Man sekali lagi bermain difikirannya. Betul juga dengan kata-kata lelaki itu. Kalau bukan dia, siapa lagi?

Alahai, kasihan dengan anak papa, sekali lagi keluhan terbit di hatinya.

Sebaik tamat mesyuarat itu dia bergegas ke biliknya.

“Nora,” panggilnya kepada setiausahanya yang sedang menaip sesuatu di atas papan kekunci.

Nora mendongak memandang bos kacaknya, duda dan kaya yang berdiri di hadapan meja.

“Ya, bos,” sahut Nora. Terkelip-kelip matanya menatap wajah Tengku Ritzlan yang tidak memandangnya.

Tengku Ritzlan tidak segera membalas. Tangan kiri di pinggang sementara tangan kanannya mengurut-urut dagunya yang licin seperti sedang berfikir.

“Di mana I nak cari cikgu untuk mengajar Ellyna Bahasa Melayu?” soal Tengku Ritzlan.

Tercengang Nora. Lama dia memandang skrin komputernya.

“Pusat tuisyen kut,” jawabnya tidak pasti.

“Pusat tuisyen?” soal Tengku Ritzlan dengan dahi berkerut.

“Agaknya,” balas Nora dengan sengihan. “Saya pun tak pasti Ku.”

Tengku Ritzlan menghela nafasnya berat. Macam mana ni? Soalnya sendiri. Ia tidak mudah yang disangkakan.

“Hmm... kalau macam tu tak apalah,” keluhnya lalu melangkah masuk ke dalam bilik. Tiba-tiba dia merasa sedikit pelik. Laa... segala fail, planner dan pennya tertinggal di dalam bilik mesyuarat sebentar tadi.

Leceh betullah, sungutnya sendiri dan melangkah keluar dari biliknya menuju ke bilik mesyuarat. Kelihatan Tengku Ritzman dan Dato Syed Johan, bapa saudara berpapasan menuju ke bilik ayahandanya bersama kakitangan yang lain.

Tiba-tiba langkahnya terhenti sebaik mendengar suara perempuan seperti marah-marah dari bilik mesyuarat.

“You jumpa dia lagi kan, Fendi!” keras suara perempuan itu.

Ooo... Fendi masih ada di dalam, desisnya sendiri. Pasti dengan perempuan yang datang bersama dengan grup dari Akhbar Engineering sebentar tadi. Perlukah dia masuk? Tengku Ritzlan berkira-kira sendiri.

“Kenapa dengan you ni?!” kedengaran suara herdikan.

Tengku Ritzlan terus senyap. Dadanya berdebar-debar dan ingin melangkah beredar dari situ. Tetapi langkahnya terhenti. Perlukah dia kembali semula atau terus memasang telinga untuk mengikuti cerita seterusnya. Wah, sejak bila dia menjadi busybody?

“I jumpa dia atau tidak, itu I punya pasal!” keras suara Fendi.

“Fendi! Kita nak bertunang, tau tak!” sekali lagi perempuan itu menjerit.

“Jadi you nak buat apa? I peduli apa bertunang atau apa. You, ibu I yang pilih. Dan I dah ada pilihan sendiri, okey. You jangan ganggu dia. Sekali lagi you kacau Ain. Siap you!”

Tersentak dia mendengar nama Ain. Jadi... Dia melihat Fendi melangkah laju keluar dari bilik mesyuarat menuju ke ruang menunggu. Mujurlah lelaki itu tidak perasaan yang dia berada di belakang pintu bilik mesyuarat.

Dan seketika gadis yang bersuara kasar keluar dari bilik mesyuarat dan mengikuti langkah Fendi. Dan seperti Fendi, gadis itu langsung tidak perasaan akan kehadirannya di sebalik dinding mesyuarat.

Dari situ dia sudah dapat melihat apakah punca yang begitu peribadi yang dihadapi oleh Ain. Perlahan-lahan dia masuk dan mengambil fail, planner dan pennya di tempat yang diduduki tadi.

Langkahnya semakin longgar menuju ke biliknya semula.

SEBAIK pintu pagar otomatik itu terbuka, dia sudah dapat melihat kereta mewah orang tuanya dipakir di bawah porch. Tidak pula Tengku Ritzman memberitahunya mahu datang ke rumah. Segera dia memakirkan keretanya ditempat biasa.

“Papa, atuk dan nenek datang!” teriak Tengku Ellyna di dalam Bahasa Inggeris sebaik dia membuka pintu rumah.

“Ya,” jawab Tengku Ritzlan lalu menutup pintu rumah dan melangkah ke ruang tamu yang dihalangi dinding antara ruang tamu dan pintu rumah itu.

“Tengok.” Tengku Ellyna menunding jarinya kearah Tengku Ritzman dan Tengku Manisah yang sedang duduk di sofa. Tengku Ellyna segera mendapatkan neneknya lalu duduk di riba wanita itu.

Tengku Ritzlan segera mendapatkan Tengku Manisah untuk bersalam dan Tengku Ritzman.

“Lambat balik,” tegur Tengku Ritzman di dalam Bahasa Inggeris.

“Ritz ke site lepas meeting tadi. Lepas tu lepak-lepak dengan budak site kat kedai mamak,” jelas Ritzlan kepada aktiviti melepaknya setiap kali bertemu dengan teman-teman sekerjanya.

“Carilah seseorang Ritz. Sampai bila nak macam ni,” keluh Tengku Manisha separuh merungut.

Tengku Ritzlan ketawa mendengar cadang wanita itu. Sudah berpuluh-puluh kali dia mendengar usul sebegitu daripada Tengku Manisah. Bukan dia tidak mahu. Masalahnya tiada yang sesuai.

“Cakap siapa? Kami akan pinangkan,” celah Tengku Ritzman lalu meletak khabar di atas meja bersebelah sofa yang diduduki.

Temhku Ritzlan senyum. Matanya beralih kepada Tengku Ellyna yang sudah meletak kepalanya dengan manja di dada Tengku Manisah. Menghela nafasnya sendiri. Siapa? Siapakah berada di hatinya? Hmm... tiada siapa. Dan siapakah akan mengisinya kelak. Tunggu sahajalah.

“Cakaplah kalau dah ada. Boleh ibu dan ayah pinangkan,” kata Tengku Manisah separuh mendesak. Bimbang dengan anak itu yang masih ‘bujang’ setelah kematian isteri kira-kira 6 tahun yang lalu.

“Buat masa ni, biarlah dulu, ibu. Senang begini,” balas Tengku Ritzlan. Tetapi benarkah. Adakalanya dia rindu untuk dibelai oleh seseorang, disayangi dan ingin dicintai seperti pasang lain.

“Sampai bila?” soal Tengku Manisah. “Lyna ni dah tujuh tahun Ritz. Esok kalau dah besar mereka dah ada fikiran mereka sendiri,” nyata Tengku Manisah dengan kebimbangannya.

“Betul tu Ritz. Masa macam nilah budak tu tengah lembut perasaan dia.” Tengku Ritzman membenarkan kata-kata isterinya. “Siapa pun dia, ayah dan ibu tak kisah. Janji seorang yang baik, boleh jaga Ellyna dan Ritz dengan baik,” jelas Tengku Ritzman kepada anak lelakinya.

Sekali lagi Tengku Ritzlan mengeluh sendiri. Sukar untuk dia memahamkan kedua orang tuanya dengan situasi yang sedang dihadapinya sekarang. Kebanyakkan wanita atau gadis yang ditemuinya rata-rata sukakan hartanya bukan dirinya mahupun Tengku Ellyna. Jadi padanya dia tiada pilihan walaupun banyak pilihan yang boleh dipilih.

“Lupa pula nak beritahu,” kata Tengku Ritzman tiba-tiba memandang kepada isterinya. “Johan jemput kita, si Fendi nak bertunang minggu depan,” jelas Tengku Ritzman.

Sepontan mata Tengku Ritzlan menyoroti ke wajah Tengku Ritzman. Entah mengapa dia merasa berdebar-debar sebaik mendengar berita itu. Ingatannya kembali mengintai peristiwa siang tadi. Dia melepaskan nafasnya.

Tengku Manisah senyap sambil mengelus-elus rambut Tengku Ellyna.

“Siapa tunang Fendi?” sampuk Tengku Ritzlan inginkan kepastian.

“Yang datang sekali dengan grup projek mereka. Nelly,” sebut Tengkut Ritzman kepada nama tunang Fendi.

Tengku Ritzlan menganggukkan kepalanya. Jadi betullah. Perkara itu terlalu peribadi.

“Kalau abang nak pergi, pergilah. Saya kurang sikit dengan Rosmah tu,” kata Tengku Manisah tidak memandang suaminya.

“Janganlah begitu. Dah Johan jemput kita,” tengku Ritzman seperti memujuk.

“Saya orang berlagak ni, malas nak layan. Macam pangkat tu besar sangat,” cemuh Tengku Manisah.

Tengku Ritzlan menggeleng-gelengkan kepala memandang Tengku Manisah yang sudah pun menarik tangan Tengku Ellyna menuju ke dapur.

“Saya naik dulu ayah. Nak mandi. Nanti kita makan sama-sama,” ujarnya namun dia tidak pasti sama ada Mak Gayah sudah siap berhidang atau tidak.

Feb 25, 2012

AIN NAJIHA ~ BAB 6



TERJONGKET
kening Tengku Ritzlan mendengar cerita Tengku Ellyna. Sudu dan garpu diletak di atas pinggan menandakan yang dia tidak mahu menyambung makannya. Matanya merayap memandang kepada Pak Man yang dilihat timbul tenggelam di ruang dapur membantu isterinya. Lelaki itu tidak bercerita apa-apa pun kepadanya tadi.

“Boleh kan papa?”

Tengku Ritzlan terkejut dengan sentuhan tangan sejuk puterinya. Rasa tercekik dengan apa yang sedang dikunyahnya ketika itu. Hendak menjawab tidak bimbang anak itu akan merajuk. Untuk berkata ya, tidak sekali-kali. Dengan perangai sombong Ain memang sudah ditolak dan dia tidak akan sekali-kali memujuk mahupun merayu kepada Ain lagi.

“Nanti kita bincang, ya,” pujuk Tengku Ritzlan di dalam Bahasa Inggeris dan berharap puterinya itu faham.

“Alah, papa. Bolehlah.” Tengku Ellyna terus memujuk papanya.

“Kita bincang nanti, Lyna. Kalau dah makan, naik ke bilik. Tidur dan jangan lupa berus gigi,” suruh Tengku Ritzlan bagi menamatkan perbualan yang tidak diingini. Sesak dadanya mendengar pujukan puteri kesayangannya.

Tengku Ellyna memandang papanya dengan rasa tidak puas hati. Perlahan-lahan dia turun dari kerusi makannya dan melangkah keluar dari ruang makan.

“Ellyna! Lupa sesuatu?” Tengku Ritzlan yang masih duduk di kepala meja menoleh kepada puterinya.

Tengku Ellyna melangkah kembali mendapatkan Tengku Ritzlan dan mencium pipi papanya sebelum meninggalkan lelaki itu di situ. Dia tahu Tengku Ellyna tidak puas hati dengan sikapnya dan dia tidak akan bertolak ansur dengan semua kehendak anak itu.

Pandangannya beralih kepada Mak Gayah yang sedang melangkah menghampirinya.

“Tak makan ke?” soal Mak Gayah melihatkan kepada makanan yang tidak luak.

“Lyna mogok,” seloroh Tengku Ritzlan sambil mengelap tepi bibirnya. “Pak Man mana, Mak Gayah? Saya nak cakap dengan dia sekejap. Minta dia jumpa saya di ruang tamu,” pesan Tengku Ritzlan sebelum meninggalkan Mak Gayah di situ.

“Baik, Ku.” Mak Gayah bergegas masuk ke dalam semula.

“BETUL ke Pak Man dan Ellyna ke gerai Nasi Ayam budak perempuan tu?” soal Tengku Ritzlan yang duduk di antara sofa-sofa yang ada di situ. Tak tersebut nama Ain biarpun nama gadis itu sudah melekat di dalam ingatannya. Ain Najiha. Binti? Ah... pandai sahaja dia berpura-pura di hadapan Pak Man.

“Ya. Kenapa?” soal Pak Man merenung ke wajah Tengku Ritzlan yang tidak senyuman.

Kaget dia mendengar soalan lelaki itu. Tiada langsung rasa bersalah lelaki itu apabila dia bertanya malahan mengakuinya. Majalah yang hanya sebagai mainan mata menunggu Pak Man tadi di letak di atas meja sisi lalu bangun.

“Saya tak suka Pak Man. Nampak sangat yang saya ni tak boleh nak cari orang lain untuk mengajar Ellyna,” tegas Tengku Ritzlan dalam lembut.

“Memang pun,” balas Pak Man selamba dalam nada yang cukup jujur.

Terkelip-kelip mata Tengku Ritzlan menatap wajah pemandunya sekali lagi. Kenapa dengan Pak Man ni? Kepala yang tidak gatal digaru-garunya.

“Nanti saya cuba cari seorang guru yang betul-betul guru untuk mengajar Ellyna,” tegas Tengku Ritzlan. “Budak tu dahlah tak ada skill nak mengajar. Nanti entah apa-apa yang diajar Ellyna,” sambung Tengku Ritzlan dengan nada bersungut.

“Tapi Ku, Ellyna hanya tak fasih berbahasa Melayu. Nak fasih perlulah bercakap. Ku banyak bercakap dengan dia bahasa orang puteh. Patutnya Ku lah yang mula kan dulu,” selar Pak Man dengan senyumannya.

Gamam dia mendengar kata-kata Pak Man. Lama dia memandang lelaki itu yang memandangnya dengan wajah selamba dan tanpa perasaan.

“Nak fasih kita hanya perlu bercakap setiap hari. Saya ni tak pandai nak cakap bahasa orang puteh. Kalau tidak saya pun boleh ajar Ellyna berlawan cakap Bahasa Melayu.” Pak Man tersengih dengan kata-katanya sendiri.

Hisy, kita pula ditempelak! Terasa sakit pula hatinya dengan kata-kata Pak Man walaupun ia mengakui kebenaran itu. Tengku Ritzlan menghela nafasnya. Dia meraup rambutnya beberapa kali.

“Saya tak ada masa Pak Man.” Tengku Ritzlan memberi alasan.

Pak Man ketawa kecil. “Sambil-sambil makan pun boleh kan.”

Sekali lagi dia terasa dirinya diselar oleh lelaki itu dengan sengihan dan tawa kecilnya. Tiba-tiba hatinya hangat dan cuba mengawal perasaannya.

“Jadi apa salahnya kita minta tolong Ain ajar kan Ellyna,” kata Pak Man.

“Tak payahlah Pak Man nak pujuk-pujuk dia lagi!” Tengku Ritzlan sengaja melangkah menuju ke tingkap. Entah mengapa rasa tidak sanggup memandang wajah Pak Man. Silap-silap dirinya pula terpujuk dengan kata-kata Pak Man. Mengingatkan kisah semalam hatinya berbahang.

Takkan dilupa wajah itu. Sombong! Cemuhnya sendiri.

Pak Man mengangguk-anggukkan kepalanya sambil mengurut-urut dagunya yang sedikit berbulu kasar sambil memandang Tengku Ritzlan.

“Kenapa Ku marah sangat dengan Si Ain tu?” soal Pak Man ingin tahu.

Kenapa soalan dan jawapan lelaki sering membuat dia tersentak sendiri. “Sombong! Macam dia tu bagus sangat,” cemuh Tengku Ritzlan.

Pak Man menggeleng-gelengkan kepala. “Manusia ni semuanya serupa Ku. Tak ada satu pun yang bagus dan sempurna. Yang sempurna dan terbaik hanya Allah yang satu,” balas Pak Man dengan suara yang begitu lembut sebelum beredar.

Sekali lagi dia terasa dengan kata-kata Pak Man. Dia menoleh dan dilihatnya Pak Man sudah pun melangkah menuju ke bilik makan dan hilang di sana. Sekali lagi nafas dihela.

Kenapa dengan orang tua ni? Semua tak kena? Atau aku yang tak kena? Soalnya sendiri.

Feb 24, 2012

AIN NAJIHA ~ BAB 5



KAGET dia melihat Toyota Estima yang dipandu oleh Pak Man dipakir tidak jauh dengan gerainya. Ketika itu dia sedang membungkus Nasi Ayam untuk seorang pelanggan tetapnya yang bekerja di kilang tidak jauh dari situ. 5 bungkus semuanya. Pasti untuk kawan-kawannya. Masakan dia hendak memakan kesemua 5 bungkus Nasi Ayam itu.

Semakin gamam dia melihat lelaki itu bersama seorang gadis kecil berwajah Inggeris. Berambut perang, bertocang dua dan memakai blaus berwarna merah muda dan skirt yang sama warna.

Inikah anak Tengku Ritzlan? Soalnya sendiri. Kelam kabut dia memulangkah baki duit kepada lelaki yang menunggunya agak lama kerana ralit memandang Pak Man dan gadis comel yang sedang berjalan menuju kearahnya.

“Ini anak Tengku tu ke Pak Man?” soal Kak Liah. Bangun dan menghampiri Pak Man dan gadis kecil berwajah Inggeris itu tadi.

“Ya,” jawab Pak Man sepatah lalu duduk di salah sebuah kerusi yang ada di situ. “Ain. Tolong. Pak Man tak tahu dia cakap apa. Yang Pak Man dengar nama Ain aje yang dia sebut,” kata Pak Man dengan sengihan.

Ain dan Kak Liah sudah ketawa.

“Betul ke ni atau dia sebut lain yang lebih kurang sama dengan nama saya,” balas Ain menyambut tangan Tengku Ellyna yang mahu bersalam dengannya. Comelnya dia, pujinya sendiri.

“Saya Ellyna.” Tengku Ellyna memperkenalkan dirinya kepada Ain Najiha di dalam Bahasa Inggeris.

Ain tersenyum. Petahnya mulut anak kecil ni. Tetapi anak mat saleh memang macam ni. Nampak comel kalau berbahasa Inggeris, desis Ain sendiri.

“Saya Ain Najiha. Tengku boleh panggil kakak Ain.”

“Panggil Lyna aje. Saya tak suka orang panggil saya Tengku,” balas Tengku Ellyna yang masih memegang tangan Ain tetapi bukan lagi bersalam.

“Ooo... baik, Lyna,” ucap Ain sambil mengangguk-anggukkan kepala.

Tengku Ellyna tersengih menampakkan giginya yang putih dan kemas. “Kenapa kakak Ain balik semalam. Papa kata kakak Ain akan ajar Lina Bahasa Melayu.”

Ain memandang Pak Man yang memandang mereka berdua. Begitu juga dengan Kak Liah yang asyik mengunyah dari tadi.

“Dia cakap apa Ain?’ soal Pak Man ingin tahu. Pening dia apabila keduanya berbahasa Inggeris.

Ain tersengih.

“Tolong ajar Lyna. Lyna asyik gagal dalam Bahasa Melayu. Tolong ya, kak Ain,” rayu Tengku Ellyna dengan memek wajah yang sudah dikerutkan untuk memohon simpati Ain.

Tercengang Ain mendengar rayuan gadis kecil itu. Bila teringat peristiwa semalam memang dia berjanji tidak akan menjejaki lagi ke rumah Tengku Ritzlan. Tidak dapat megajar pun dia tidak kisah. Kalau dasar orang kaya memang begitu. Sombong, bongkak, boleh sesuka hati mengata orang seperti dia apa sahaja.

Eii... tiba-tiba hatinya panas mengingatkan apa yang pernah diceritakan oleh Kak Liah apa yang pernah dihamburkan oleh Datin Fariza dan Nelly, bakal tunang Fendi beberapa bulan lalu.

“Ain!”

Ain memandang Pak Man yang memandangnya.

“Macam mana?” soal Pak Man yang masih tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh kedua mereka.

Ain menoleh kepada Kak Liah yang memandangnya dengan mulut terus mengunyah kuih yang menjadi bekalannya.

“Entahlah, Pak Man!” keluh Ain lalu duduk di salah sebuah kerusi yang ada.

Tangannya masih digenggam erat oleh Tengku Ellyna. Rasa simpati bercampur baur dengan rasa menyampah dan bencinya terhadap sikap angkuh dan sombong lelaki itu semalam.

“Kenapa? Kenapa?” soal Kak Liah ingin tahu.

Ain tidak membalas dan hanya memandang kepada Tengku Ellyna yang sudah mengunyah kuih yang dihulurkan oleh Kak Liah kepada gadis kecil itu sebentar tadi. Tangannya sudah dilepaskan oleh Tengku Ellyna.

“Apa Tengku cakap dengan Ain semalam? Cuba cerita pada Pak Man.” Pak Man menarik salah sebuah kerusi yang bertindih-tindih lalu duduk bersebelahan Tengku Ellyna.

Ain tunduk. “Saya tak ada skill nak mengajar Pak Man.” Tak perlulah untuk dia menjelaskan perkara semalam. Tiada guna diceritakan kepada Pak Man. Ia tidak akan berubah.

“Bukannya suruh mengajar macam cikgu tu. Cakap-cakap dengan dia dalam Bahasa Melayu, kemudian Bahasa Inggeris. Itu aje. Lama-lama dia tahulah,” balas Pak Man sedikit keras sambil mengesat peluhnya yang sudah mereneh di dahi.

“Kalau macam tu, Pak Man pun boleh,” balas Ain mengusik lelaki itu.

“Aku setakat yes, no, alright tu bolehlah.” Pak Man memandang Tengku Ellyna yang sudah ketawa-ketawa. “Kan Lyna?” dia juga turut ketawa melihat anak kecil itu mentertawakannya.

Ain dan Kak Liah ketawa mendengarnya.

“Dia sekolah di mana?” soal Kak Liah ingin tahu.

“Sri Mahkota.”

“Amboi, sekolah bayar tu, Ain.” Kak Liah mencuit bahu Ain.

“Dah tahu anak tak boleh berbahasa Melayu, kenapa tak hantar sekolah kebangsaan aje. Biar dia bercampur dengan budak-budak biasa. Bingung sungguh,” cemuh Ain dengan rasa jelek mendengar nama sekolah yang diagungkan sangat kebanyakan orang kaya-kaya.

Pak Man tersengih. “Tolonglah Ain, kesian si Lyna ni,” rayu Pak Man pula.

“Nak tolong macam mana? Dah bulat-bulat si Tengku tu tolak saya. Masakan saya nak tersua-sua pergi dapat dia. Maaflah, saya tak akan jejak rumah tu lagi,” tekadnya.

“Kalau macam tu esok lepas aku, ambik si Lyna, aku terus bawak dia ke sini. Kau ajar dia bercakap aje dan apa-apa yang patut,” tekak Pak Man seperti tidak tahan dengan sikap degil dan keras kepala Ain.

“Mengajar kat gerai Nasi Ayam saya?!” soal Ain sedikit tinggi suaranya.

“Habis tu?” balas Pak Man pula.

“Tak pernah-pernah dibuat orang.”

“Jadi kau naklah kan?” balas Pak Man.

“Tak! Pak Man cari orang lain. Saya sibuk dan selepas ni saya nak rehat!” tegas Ain bengang dengan kata-kata lelaki itu tadi.

Kak Liah dan Tengku Ellyna hanya mendengar kedua mereka bagai bertekak.

“Kalau Tengku tu salah, janganlah hukum anak dia. Dia datang nak belajar Ain. Kasihanlah Lyna, Ain,” pujuk Pak Man.

Ain menghela nafasnya agak keras. “Kalau apa-apa terjadi esok, tentu si Tengku tu salahkan saya, kan?” balas Ain masih berkeras. “Dahlah Pak Man, saya dah tak larat nak orang kutuk-kutuk saya, kutuk-kutuk mak saya. Entah esok dan lusa, si Tengku tu kata saya ni macam-macam. Ajar anak dia bukan-bukan!” tingkah Ain. Nampaknya dia sudah menjadi kurang ajar dengan orang tua.

Pak Man senyap lalu memandang Tengku Ellyna yang masih memandang Ain.

“Kalau macam tu tak apalah. Jom Lyna kita balik.” Pak Man bangun sambil menghulurkan tangannya mengajak anak majikannya pulang.

Tengku Ellyna akur. “Bye kak Ain,” ucap gadis itu sambil melambaikan tangannya kepada Ain dan Kak Liah.

Sebaik Estima yang dipandu oleh Pak Man berlalu Kak Liah pula bersuara. “Tak baik Ain tolak. Kesian Lyna tu,” Kak Liah pula memujuk Ain.

Ain memandang Kak Liah dengan rasa bengang. “Kalau akak kesian, akaklah yang ajar,” balas Ain. “Saya nak tutup kedai. Tak ada mood!” Ain bangun dan mula berkemas-kemas untuk pulang walaupun ayam dan nasinya masih banyak lagi.

Feb 22, 2012

AIN NAJIHA ~ BAB 4

LAMA dia memandang kepada gambar gadis yang dimuat turun ke dalam laptopnya dari telefon bimbit Pak Man. Haish, kalaulah budak ni tahu yang Pak Man ambil gambar curi entah apalah tindakan gadis yang bernama Ain Najiha.

Bertudung. Bolehkah dia mengajar? Soalan itu sudah bertalu-talu d


Wajah gadis seperti dia pernah lihat. Tetapi di mana? Soalnya sendiri.
i dalam kepala otaknya sejak pertama kali Pak Man memperkenalkannya melalui gambar itu.

“Siapa ni papa?” soal Tengku Ellyna di dalam Bahasa Inggeris yang tiba-tiba muncul dan duduk bersebelahan papanya.

Terkejut Tengku Ritzlan lalu menutup komputer ribanya sambil tersengih memandang puterinya yang sudah duduk berhampirannya.


“Tak ada siapa?” balas Tengku Ritzlan. Diletak komputer riba tadi di atas meja sisi sofa yang diduduki.

“Haa... papa dah ada girlfriend, ya.” Tengku Ellyna sudah menggoyang-goyangkan jari telunjuknya dengan senyuman comel di bibir.

“Bukan girlfiend, tapi cikgu yang akan ajar Lyna Bahasa Melayu,” jelas Tengku Ritzlan untuk menutup setiap soalan yang mungkin disoal oleh puterinya itu.

“Cantik,” pujinya.

Ya, hatinya mengakui yang gadis bernama Ain Najiha itu cantik walaupun bertudung. Bibirnya mengulum senyum sendiri. Tengku Ritzlan berdeham dan segera bangun.

“Jadi lebih baik Lyna mandi sekarang, dalam pukul 8.00 malam nan

ti dia akan datang,” jelas Tengku Ritzlan. Itulah harapannya. Harap-harap dapatlah gadis itu membantu anaknya. Kasihan puterinya yang menangis beberapa hari lepas kerana mendapat markah 10 di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

“Okey,” jawab Tengku Ellyna dan berlari menuju ke tangga.


Tengku Ritzlan hanya memandang dengan senyuman sehingga puterinya itu hilang dari pandangannya. Komputer riba tadi diangkat lalu ditutup. Kalaulah Pak Man melihat situasi itu pasti dia akan diusik sehingga tidak mampu berkata-kata.


“Ku!”

Tengku Ritzlan menoleh sebaik mendengar suara Pak Man di belakangnya. Panjang umur orang tua ni, detiknya sendiri. Pasti daripada dapur. Lelaki itu sudah tinggal bersamanya sejak 5 tahun yang lalu. Ayahandanya, Tengku Ritzman yang memperkenalkan dia dengan lelaki yang berusia 54 tahun itu.

“Jangan lupa dalam pukul 8.00 malam ni. Si Ain tu datang,” pesan

Pak Man yang melangkah menghampiri Tengku Ritzlan.

Tengku Ritzlan senyap tetapi mengangguk-anggukkan kepalanya. Memandang Pak Man yang memandangnya.

“Kenapa?” soal Pak Man seperti dapat melihat keraguan di wajah Tengku

Ritzlan.

“Dia bertudung. Boleh ke dia mengajar?” soal Tengku Ritzlan memecah rasa ragunya.

Astaghfirullah al’azim, Ku!” mengucap panjang Pak Man mendengar keluhan lelaki itu. “Tudung tu kan wajib bagi setiap wanita islam. Wanita islam kan wajib menutup aurat. Kenapa tudung Ku jadikan alasan pula? Apakah tudung itu ukuran tinggi atau rendahnya pelajaran seseorang. Pada saya tudung

tu melambangkan tingginya maruah seorang wanita kerana menutup auratnya dari pandangan lelaki yang bukan muhramnya,” tegas Pak Man penuh emosi.

“Pak Man, bukan begitu.” Cemas dia melihat lelaki itu yang sudah beremosi.

“Maaf Ku, saya tak boleh orang pandang-pandang rendah pada orang

bertudung. Kalau Ku rasa si Ain tu tak menepati citarasa Ku untuk mengajar Ellyna, saya telefon dia. Tak perlulah dia datang. Ku carilah sendiri cikgu nak mengajar Ellyna,” balas Pak Man lalu mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi Ain.

“Pak Man!” Pantas Tengku Ritzlan merampas telefon bimbit lelaki itu. “Saya minta maaf,” pinta Tengku Ritzlan. “Bukan begitu maksud saya,” kata Tengku

Ritzlan serba salah untuk menjelaskan. Walaupun diakui yang dia kurang percaya dengan kemampuan wanita yang bertudung.

“Saya tak tahu maksud Ku. Tapi tolonglah jangan pandang rendah pada orang seagama kita. Dia islam dan Ku juga seorang islam. Tak semestinya orang yang bertudung tak pandai dan tak cerdik seperti Ku,” tegas Pak Man dengan rasa kecewanya dengan tanggapan majikan yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Dia cuba membawa dirinya bertenang. “Ku fikirlah sendiri dan tengoklah dia sendiri nanti,” balas Pak Man lalu melangkah meninggalkan Tengku Ritzlan di situ.

Marah sungguh-sungguh Pak Man ni, sungutnya sendiri.


“SAYA Tengku Ritzlan.” Dia menghulurkan tangannya ingin bersalam dengan Ain yang sudah pun berada di hadapannya. Wajah gadis itu lebih cantik dan manis daripada gambar yang diambil oleh Pak Man beberapa hari yang lalu.

“Maaf, saya bukan muhrim Tengku,” pinta Ain sambil menggengam er

at tangannya ke dada.

Kaget dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Ain sebentar tadi. Entah mengapa dia merasa terhina dengan cara Ain sebegitu. Begitu pun cuba membawa dirinya bertenang. Benarlah seperti yang dikatakan oleh Pak Man. Rasa malu menyelinap ke hati dan membuat wajahnya berada sedikit panas.


“Ya, maaf.” Mengakui kesilapannya walaupun rasa marah membakar hatinya. Melihatkan cara Ain bercakap dan tingkah laku gadis itu dia sudah dapat mengagak yang Ain seorang yang cukup tegas.

“Saya Ain Najiha,” balas Ain memperkenalkan dirinya dengan suara mendatar tanpa senyuman.

Tengku Ritzlan mengangguk-anggukkan kepalanya. Sombongnya, getusnya sendiri apabila senyumannya tidak berbalas. Nafas dihelakan. Terasa menyesal menyetujui cadangan Pak Man. Tetapi apa yang hendak dilakukan sekarang. Ain sudah pun berada di hadapannya.

“Sila duduk,” pelawa Tengku Ritzlan. Terasa begitu formal sekali.

Ain akur dan duduk dengan tertib berhadapan dengannya.

“Boleh mengajar?” soal Tengku Ritzlan terus kepada tujuannya.

Boleh tahan juga Ain ni, sekali lagi hatinya memuji dalam rasa bengang yang masih belum reda. Tudung yang dikenakan memang sesuai dengan wajahnya yang berbentuk bujur telur. Berpakaian begitu ringkas. Mengenakan cardigan yang agak labuh dan hampir mencecah lutut. Berblaus putih di dalamnya dan berseluar jeans. Sekali lagi wajah itu diteleknya. Mujurlah Ain tidak memandangnya.

“Tak,” jawab Ain jujur.

Tengku Ritzlan menghela nafasnya. Kalau tak boleh kenapa datang? Soalnya sendiri.

“Saya datang sebab Pak Man minta saya datang. Katanya Tengku mahu menemu duga saya dulu. Kalau ikutkan memang saya tak mahu datang. Hari ni aje, empat belas kali dia sms dan menelefon saya,” cerita Ain mengangkat wajahnya memandang Tengku Ritzlan yang memandangnya tanpa senyuman.

Gamam Tengku Ritzlan mendengar jawapan balas Ain. Perempuan ni macam tahu-tahu pulak, getusnya lagi. Dia mengeluh sendiri. Pak Man, Pak Man, keluhnya sendiri. Tidak tahu apa yang patut dikatakan lagi.

“Saya tak kisah pun kalau saya tak layak. Lagipun memang saya tiada skill untuk mengajar,” sambung Ain lagi.

“Sebelum ini Ain kerja ni mana?” soal Tengku Ritzlan ingin mengetahui serba sedikit latar belakang gadis itu.

“Akhbar Engineering. Sebagai Pegawai Sumber Manusia,” jelas Ain. Tiada apa yang perlu disorokkan. Kalau Tengku Ritzlan hendak menelefon bekas majikannya pun dia tidak kisah.

“Hmm...” Tengku Ritzlan mengangguk-anggukkan kepalnya. Syarikat bapa saudaranya. Arwah Syed Akhbar adalah datuk saudaranya.

“Sebelum bekerja, Ain buat apa?” soal Tengku Ritzlan lagi.

“Belajar,” jawab Ain sepatah.

Sambunglah. Di mana? Masakan dia ingin bertanya semua itu, desisnya dengan rasa sedikit bosan dengan perbualan itu.

“Di mana?” soal Tengku Ritzlan.

“UUM,” jawab Ain.

Kegat Tengku Ritzlan mendengar jawapan itu. Universiti Utara Malaysia. “Kenapa berhenti?” soal Tengku Ritzlan.

Ain memandang lelaki yang duduk di hadapannya. “Perlukah saya bercerita semuanya?” Soal Ain selamba.

“Kalau awak rasa perlu,” balas Tengku Ritzlan lalu menyilangkan kakinya merenung tepat ke mata Ain yang menentang matanya. Mata siapakan ini? Soalnya sendiri.

Ain menghela nafasnya.

“Ya melibatkan peribadi,” jawab Ain pendek.

“Ooo... kemudian?” soal Tengku Ritzlan mula berminat hendak mengetahui akan perkara itu. Dengan siapa? Fikirannya mula menjalar memikirkan beberapa orang sepupunya. Fendi? Zul? Wafi? Siapa? Ahh... tentu dengan orang lain. Hisy, kalau dengan orang lain masakan terpaksa berhenti kerja.

“Saya rasa yang lain-lain tidak perlu. Cukuplah saya kata ia sangat-sangat peribadi,” balas Ain dalam nada yang sedikit keras.

Tergamam Tengku Ritzlan. Sombongnya perempuan ni. Kalau tak mahu beritahu jawablah elok-elok, gerutunya sendiri. Nampaknya dia tidak akan menerima dan mempertimbangkan keputusannya. Hatinya bulat berkata yang Ain langsung tidak layak menjadi cikgu kepada anaknya.

“Kalau macam tu tak apalah,” kata Tengku Ritzlan.

Ain tiba-tiba bangun. “Maaf sebab kedatangan saya membuang masa Tengku. Saya balik dulu. Assalammualaikum,” ucap Ain lalu melangkah menuju ke pintu tanpa menoleh lagi.

Terkebil-kebil Tengku Ritzlan dengan reaksi Ain. Mungkin Ain tersilap. Dia tidak bermaksud menolak gadis itu dengan begitu sahaja.

“Biarlah!” katanya sebaik Ain hilang daripada pandangannya. Tak perlulah dia bersusah payah untuk memberitahu Ain dengan keputusannya.

“Papa?!”

Tengku Ritzlan menoleh dan tersenyum melihat Tengku Ellyna yang sedang menuruni tangga.

“Mana Ainnya?” soal Pak Man yang sedang menatang dulang air dan dibelakangnya isteri yang sedang menatang dulang kuih muih.

“Dah balik,” jawab Tengku Ritzlan sambil menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.

Memandang Tengku Ellyna yang tidak faham dengan kata-katanya. Dia hanya tersengih sambil menjongket bahu memandang Tengku Ellyna yang memandangnya.

Feb 21, 2012

AIN NAJIHA ~ BAB 3



“SEMALAM Pak Man datang rumah akak.” Kak Liah mula bercerita. Mulutnya mengunyah Kuih Ketayap.

Ain yang sedang mengemas bekas-bekas yang sudah kosong memandang Kak Liah sekilas. Tak berhenti-henti mengunyah perempuan ni. Kalau macam ni baik tak payah jual, buat aje untuk makan.

“Dia kata...” terhenti sebentar lalu mengambil botol air teh yang di bawanya pagi tadi dan meneguknya sekaligus. “Haaa... tercekik!”

Ain hanya menggelengkan kepala sambil melabuhkan punggungnya di atas salah sebuah bangku yang ada di situ. Bersebelahan tempat mereka berniaga adalah gerai burger Abang Bob, jiran yang duduk di seberang jalan rumahnya. Gerai itu hanya beroperasi malam sahaja.

Meja-meja mudah alih itu hanya perlu dikemaskan ditepi gerai itu sahaja kerana Abang Bob akan menggunakannya pada waktu malam.

“Tengku tempat dia kerja tu tengah cari orang mengajar anak dia,” sambung Kak Liah menyambung kembali makannya.

Ain senyap. Cadangnya hendak meletak bekas-bekas yang ke dalam keretanya. Hanya tinggal kuih muih Kak Liah yang masih berbaki di dalam bekas-bekasnya. Kalau ikutkan dia sudah boleh balik tetapi wanita itu meminta dia menunggunya dalam setengah jam lagi.

“Anak dia tak pandai cakap Bahasa Melayu. Periksa asyik gagal aje,” sambung Kak Liah. Mulutnya terus mengunyah Kuih Lapis pula. “Dia minta akak tolong tanyakan Ain. Boleh tak mengajar anak Tengku tu?”

“Siapa yang cadangkan saya ni? Pak Man atau akak?” soalku sudah faham akan maksudnya.

Kak Liah tersengih kemudian ketawa dan menyebabkan badannya yang gempal bergegar.

“Tapi apa salahnya. Tengku tu sanggup bayar berapa sahaja siapa yang jadi guru anak dia. Ambillah Ain,” desak Kak Liah.

Berkerut dahi Ain.

“Habis siapa yang nak buat Nasi Ayam ni nanti,” keluh Ain bingung dengan cadangan Kak Liah.

Hari ini sahaja lima puluh bungkus Nasi Ayam yang ditempah. Seperti biasa dua puluh empat untuk Taska Ceria dan dua puluh enam lagi cikgu daripada sekolah kebangsaan yang terletak tidak jauh dari situ. Mujurlah ia hanya untuk hari itu sahaja. Ini semua emaklah. Semua pesanan diterima tanpa memberitahu dia terlebih dahulu.

“Mengajar tu malamlah,” kata Kak Liah.

Ain senyap. Matanya liar memandang kereta yang lalu dan lalang di situ. Mujurlah jalan di situ tidak sesibuk di hadapan sana. Namun ramai juga yang menjadi pelanggan emak dan Kak Liah semenjak gerai itu dibuka kira-kira tujuh belas tahun yang lalu.

“Ain tak laratlah kak. Malam Ain nak rehat. Pagi-pagi pulak Ain dah kena pergi pasar cari ayam dan segala benda nak cari. Balik dah kena bersihkan ayam, rebus ayam masak Nasi Ayam,” keluhnya. Segala-galanya tentang ayam sejak dia menjadi penjual Nasi Ayam. “Mujur nasi lemak tu mak yang buat. Kalau tak memang pengsanlah Ain,” keluh Ain lagi. Baru kini dia tahu berniaga yang lebih penat daripada bekerja di pejabat.

“Tak apalah, Ain fikir dulu.” Sekali lagi Kak Liah seperti memaksanya.

Ain senyap. Dia tidak akan fikir untuk kali kedua. Memang dia tidak mahu dan tidak mampu.

Tiba-tiba Kak Liah menjuih ke bibirnya ke satu arah. “Pakwe kau,” katanya.

Sepontan Ain menoleh. Kaget dia melihat kereta merah Fendi sudah terpakir di bahu jalan seberang sana. Apa dia nak? Soal Ain sendiri.

Ain bangun dan mengambil bekas-bekas yang sudah kosong. “Kak, Ain balik dulu.” Langkahnya sedikit kalut mendapatkan keretanya hanya beberapa kaki sahaja daripada tempat yang diduduki tadi.

“Err... yalah,” teragak-agak Kak Liah bersuara melihatkan situasi tidak menentu Ain dan Fendi yang dikatakan teman lelaki gadis itu.

“AIN! Ain!” jerit Fendi segera berlari mendapatkan Ain yang sedang kalut memasukkan bekas-bekas berniaganya ke dalam kereta.

You nak apa lagi?!” soal Ain sedikit kasar menepis tangan Fendi yang memegang lengannya.

“Kita perlu berbincang?” tegas Fendi memandang Ain yang memandangnya. Kaca mata hitam ditanggal lalu disangkut di kemejanya yang sedikit terbuka.

“Tak ada apa yang nak kita bincangkan lagi!” balas Ain sambil menghempas pintu keretanya. Dan mula membuka pintu dibahagian pemandu.

“Tak ada apa? Tak ada apa you kata?!” lantang suara Fendi sambil menutup pintu kereta Ain dengan kasar.

“Eh, apa ni?!” Ain menolak tubuh Fendi agar lelaki itu ketepi.

Namun Fendi langsung tidak berganjak seincin pun. Tangan Ain dipegangnya.

“Kenapa you tak beritahu I yang you berhenti?” soal Fendi garang.

Dia mendapat tahu yang Ain sudah pun berhenti kerja daripada Osman, ketua jabatan Ain. Dia pasti sangat ia angkara insiden Datin Fariza, ibunya dan Nelly menyerang emak Ain beberapa bulan yang lalu.

Sangkaannya kes itu sudah pun selesai apabila dia memujuk Ain ketika itu dan meminta maaf kepada Puan Fariza sendiri bagi pihak Datin Fariza dan Nelly. Nelly adalah bakal tunang pilihan ibunya.

“Suka hati I lah nak buat apa pun!” Ain merentap tangannya.

“Kenapa dengan you ni?” soal Fendi geram. “I ingatkan kes tu dah selesai. Emak you pun dah maafkan ibu I dan Nelly.”

Bulat mata Ain menatap wajah Fendi yang kacak merenungnya. Tidak tahu bagaimana dia boleh terjebak bercinta dengan bakal tunang orang. Terasa menyesalnya dengan apa yang berlaku.

“You ingat senang I nak lupakan apa yang ibu you kata pada emak I. Hmm?!” soal Ain dengan rasa hati yang membahang. “Eh, I miskin, tapi tak mengemis tau. I miskin tapi I ada maruah, tau!” balas Ain dengan mata berkaca memanah mata Fendi yang mulai kendur.

“Okey, sekali lagi I minta maaf.”

“Mudah kan? Buat salah minta maaf. Dahlah, I minta jangan datang lagi ke sini, Fendi. Semasa I tinggalkan Akhbar Engineering, hubungan kita putus. Maafkan I sebab tak beritahu you perkara ni dan I rasa tak perlu. You bakal menjadi tunangan orang tak lama lagi kan,” kata Ain. Terasa lega dadanya melepaskan apa yang terpendam di dadanya selama ini.

“Ain, tolonglah jangan macam ni. Nelly tu pilihan ibu, bukan pilihan I.”

“Habis?! You nak kita teruskan hubungan ni? Supaya senang ibu you dan Nelly kata macam-macam pada emak I? Begitu ke?! Semakin lantang suara Ain.

Dia sudah tidak peduli dengan orang yang lalu lalang dan memandang mereka. Sakit hatinya mendengar kata-kata Fendi yang langsung tidak memikirkan perasaannya dan emak.

“Bukan begitu,” keluh Fendi meraup rambutnya dengan rasa resah.

Lama mereka berpandangan seolah-olah meminta jawapan untuk kemelut yang sedang dihadapi.

“Macam nilah Encik Syed Muhammad Fendi Akmal bin Dato Syed Mohd Johan Syed Akhbar,” sebutnya pada nama penuh lelaki itu.

Fendi tersengih apabila nama datuknya juga disebut oleh Ain. Namun senyuman itu luntur melihat wajah serius Ain. Dia tidak pernah melihat wajah Ain seserius itu. Mana pergi wajah yang sering memberikan senyuman untuknya suatu ketika dahulu.

“Siapa yang you pilih? I atau ibu you?” soal Ain mahu mengakhiri pertemuan yang tidak diinginkan itu.

Bulat mata Fendi yang sedikit sepet. Bibirnya yang nipis bergerak-gerak seperti tidak mampu untuk memberikan jawapan.

“Ain tolong jangan buat macam ni!” pinta Fendi semakin resah dengan permintaan yang dibuat oleh Ain.

“I atau ibu you?” tekan Ain sekali lagi meminta Fendi memilih. Dia sudah tidak betah berada di situ. Hatinya semakin panas dengan situasi itu. Dan dia berharap situasi sebegitu tidak akan berulang lagi.

Melihatkan tiada suara daripada Fendi dan hanya keluh kesah lelaki itu yang kelihatan, sekali lagi dia membuka pintu keretanya. Dia tahu Fendi tidak mampu untuk menolak ibunya.

Kali ini dia masuk ke dalam kereta tanpa halangan daripada Fendi dan segera meninggalkan lelaki itu di situ menuju ke rumahnya yang hanya terletak selang beberapa buah rumah sahaja daripada lokasi tadi. Sempat dia mengerling kepada Kak Liah yang tidak habis mengunyah dari tadi.

MEMANG dia merasa letih dengan kejadian siang tadi. Harap-harap tiadalah perkara yang sama berulang lagi. Tidak semudah itu untuk dia melupakan Fendi. Dia mengenali lelaki itu sedari mula bekerja di situ.

Tidak pasti bagaimana mereka boleh rapat. Padahal dia di Bahagian Pentadbiran dan Fendi di Bahagia Kejuruteraan dan kerap kali ke luar Kuala Lumpur meninjau pelbagai projek.

Ketika itu dia tidak tahu langsung yang Dato Syed Johan adalah bapa kepada Fendi. Lelaki itu kelihatan biasa-biasa sahaja. Dan semua di pejabatnya memanggil Fendi walaupun dia adalah salah seorang berpangkat Pengurus di situ.

Dan sehinggalah seminggu sebelum ibu Fendi iaitu Datin Fariza menelefonnya di pejabat agar jangan berkawan dengan Fendi. Kemudian Nelly pula datang ke pejabat memberinya amaran. Ketika itu Fendi berada Johor Baharu untuk memantau projek di sana.

Dia menjadi serba tidak kena hendak memberitahu perkara itu kepada Fendi atau pun tidak. Dia bimbang ia akan mengganggu tugas-tugas lelaki itu di sana. Tidak cukup dengan amaran, keduanya datang ke gerai emak semasa dia pergi bekerja. Pelbagai kata-kata kesat dilemparkan kepada emak oleh Datin Fariza dan Nelly.

Yang bercerita dengannya adalah Kak Liah. Ketika itu dia sudah tidak dapat menahan dirinya apabila emak dilempar dengan pelbagai kata kesat.

“Ya Allah, janganlah dia datang lagi,” pintanya sambil merenung siling putih seolah-olah bagai terlakar apa yang berlaku sepanjang beberapa bulan itu.

“Ain!”

Ain memandang ke pintu sebaik mendengar ketukan.

“Ya, mak,” sahutnya. Dengan rasa malas dia bangun dan membuka pintunya yang sengaja dikuncikan.

“Pak Man di depan tu. Nak jumpa Ain,” kata emak.

“Dia nak apa?” soal Ain walaupun dia tahu tujuan kedatangan Pak Man. Ini mesti Kak Liah punya kerja. Eii... perempuan ni, sungutnya sendiri.

“Mana mak tahu dia nak apa. Pergilah...” suruh emak langsung melangkah menuju ke dapur tanpa pamitan.

“Mak!” rengek Ain walaupun emak sudah pun menghilang ke dapur. Hendak tak hendak dia keluar juga dari biliknya selepas membasuh muka.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikumusalam,” balas Ain lalu duduk di salah sebuah bangku di anjung rumah. “Kenapa tak masuk?” soal Ain.

“Tak apalah. Kat sini pun okey. Sejuk, berangin,” kata Pak Man dengan segihannya.

“Kak Liah ada beritahu Ain?” Pak Man terus menyoal tanpa mukadimahnya.

“Ada,” jawab Ain lemah. Dia sudah dapat mengagak. Hatinya mengeluh sendiri. Dia memandang Pak Man yang masih dalam pakaian seragam drebarnya.

“Esok malam boleh jumpa dengan Tengku?” soal Pak Man ingin tahu.

Bulat mata Ain memandang Pak Man. “Bila pulak Ain bersetuju nak mengajar anak dia?” soal Ain semakin tidak faham dengan situasi itu.

“Jumpa dululah. Kalau sesuai adalah rezeki Ain di situ. Lumayan dia bagi tau. Hanya kena ajar anak dia bercakap dalam Bahasa Melayu aje. Ain fasih Bahasa Orang Puteh kan?” soal Pak Man.

Memanglah fasih, tetapi dia tidak suka hendak mengajar orang. “Lumayan pun, bukan duit yang Ain kejar Pak Man,” balas Ain bengang dengan kata-kata lelaki itu. Terasa rendah sangat dirinya.

“Kalau macam itu fisabilillah ajelah. Dapat duit tu bagi Pak Man.” Pak Man sudah tersengih.

Amboi, senangnya orang tua ni bercakap. Ain senyap. Matanya memandang kepada rumah Pakcik Bob di seberang yang terang benderang. Sesekali kedengaran suara tawa. Entah siapa punya ketawa Ain sendiri tidak pasti.

“Datang malam esok ke alamat ni.” Pak Man menghulurkan sekeping kad kepada Ain.

Ain menyambutnya dengan malas. Lama dia menelek alamat itu. Wah, ini kawasan rumah orang-orang kaya. Dia sudah membuat keputusannya. Dia tidak akan datang.

“Jangan tak datang!” tekan Pak Man sebelum beredar meninggalkan dia di situ.

“Eh, mana Pak Man?” soal emak yang baru sahaja keluar sambil menatang dulang.

“Tak apa. Mak letak di sini, kita makan sama-sama sambil ambil angin malam,” kata Ain tanpa menjawab soalan emak.

Emak tersengih dan akur dengan kata-kata Ain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...